Monday, 31 August 2015

Untuk Dijual: Seladang Jati (Ada Rantau) -pindah reban

As-salam

Saya ingin menjual terkukur galak ladung:-

Anak dari baka tongkat tua Ridhuan.

gook: Seladang jati (ada rantau sekali sekala).

Game: tekan sebutir terus masuk isi & ada angguk.

Harga: RM500.

Sekian; terima kasih.

Sam

Booked by Orang Johor

Sunday, 30 August 2015

Selingan: Bulu Penurun

As-salam..

Rata-rata kaki pikat@pemikat mengetahui yan bulu penurun adalah bulu lipas yang tersusun pada kepak mestilah segaris dan mengarah ke bawah.

Pesum baka fighter

Pesum baka hijau2.

Sekian, terima kasih.

-Sam

Thursday, 20 August 2015

Siri 1: Penilaian Burung (Suara)

As-salam..

Penilaian burung terkukur adalah bermula dari suara, game layang & di tanah.

Siri ini saya fokus kepada: Suara tetkukur

Boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:-

1. Volume Suara

Pelbagai permintaan peminat terkukur yang sampai kepada saya. Apa yang boleh saya kategorikan ialah burung yang bersuara halus ( kampung), sedang & penuh.

Suara halus & terik pesum amatlah digemari oleh peminat dari Selangor & W.P. K.L.  Volume menyamai burung kampung.

Suara sedang boleh dikategorikan sebagai suara pertengahan burung. Boleh dipecahkan kepada sedang atas (ke arah suara penuh) dan bawah (terik kampung). Digemari oleh pemikat dari pinggir Perak, Melaka, Penang & Johor.

Suara penuh hanya digemari oleh mereka yang berasal dari Melaka tengah & Negeri Sembilan.

2. Ayer Suara (Lenggok @Lagu)

Dikategorikan kepada lagu kampung & siam (ayer)


Lagu kampung pula boleh dibahagikan kepada air suara yang lembut dan keras.

A) Lagu Kampung Lembut

Suara lembut amatlah digemari oleh pemikat yang telah berumur. Lebih kepada peminat yang telah lama bermain burung kampung. Jenis yang digemari ialah burung yang suara tengahnya lembut. Ada juga yang mencari mempunyai suara tengah yang garok sedikit. Garok yang terlalu tebal adalah tidak sesuai.

Apabila memilih burung bersuara lembut; maka saya sarankan untuk menambah sound@echo pada suara hujungnya. Ini menjadikan irama burung tersebut menjadi keras dan sedap didengar & pemikat tidak akan mengantuk di laman.

B) Lagu kampung keras

Jarang kedapatan terkukur pesum bersuara keras. Walaupun ada kebanyakannya tidak dijual. Suara keras sangat sesuai digabung dengan suara garok tebal dan echo penuh menjadikan pikat sebagai killer. Jika garok nipis echo boleh tebal atau nipis kerana itulah jarang dijual kerana boleh dijadikan  pikat lebih dari 5 musim tanpa jatuh kualitinya.

C. Suara ayer (siam)

Suara ayer haruslah mempunyai echo yang tebal untuk mendapatkan kesan yang baik sebagai pikat. Tanpa echo yang keras dan tebal maka burung boleh dikategorikan sebagai burung bunyi langau@lalat.

Sekian, terima kasih.

Sam









Thursday, 13 August 2015

Terkukur Galak Ladung: Hubungi Saya

As-salam..

Berminat mendapatkan terkukur pesum baka baik. Hubungi saya stok dalam 6 ekor.  Harga rm350 dan ke atas.

Sekian, terima kasih.

SAM