Thursday, 24 September 2015

Nasib@Rezeki Dalam Breeding

As-salam..

Selain mempromosikan burung saya ingin mengupas persoalan berkaitan breeding.

"Saya sering ditanya oleh beberapa orang kawan yang berjaya menurunkan baka tetapi tidak berjaya untuk dijadikan pikat".

Setiap individu islam wajib percaya yang rezeki itu adalah pemberian Allah swt.  Usaha harus bertepatan selain ilmu pengetahuan haruslah dilengkapi sebelum berserah pada yang Esa.

Ilmu pengetahuan dalam breeding terdapat dua faktor terpenting iaitu faktor X dan faktor genetik.

1. Faktor X

Dalam breeding terkukur terus terang saya katakan terdapat satu perkara yang tidak dapat diterangkan iaitu faktor-X.

Sebagai contohnya bapak kampung tetapi anaknya semua cepat jadi pikat.  Sedangkan kita tahu yang darah bapak akan menyebabkan burung lambat naik dan jadi pikat. Inilah dikatakan seseorang telah menemui lubuk emas dalam breeding sekiranya bapak kampung boleh mengeluarkan anak yang menjadi pikat secepat bapak pesum.  Ini kerana harga pikat kampung tidak semahal bapak pesum.

Apakah ciri-ciri bapak kampung yang kita boleh gunakan sebagai induk jantan?

Pemilihan induk harus dilihat dari semua perkara dari yang kecil sehinggalah kepada yang besar. Bagi saya yang kecil itulah yang akan jadi besar dikemudian hari. Apakah dia biarlah menjadi rahsia dahulu.. seperti x-files.

2. Faktor Genetik

Faktor kedua pula ialah genetik sebagai contoh kenapa burung A, pantang berbunyi pasti akan dilawan burung lain.  Ini adalah bawaan genetik burung tersebut tidak kira apakah jenis suara.  Inilah yang dinamakan sebagai baka burung tersebut. TANPA baka yang baik berusahalah macamanapun kejayaan amat sukar diperolehi dan anda membuang masa dan duit sahaja.

Sampai di sini sahaja.

Terima kasih

Sam



Friday, 18 September 2015

Jackpot Kuala Selangor

As-salam

Kalau nak jadi baik jadilah... tanda-tanda sudah kelihatan.

Jackpot K.S cross

Sekian, terima kasih.

Sam

Monday, 7 September 2015

Hijau-Hijau: Untuk DiJual (stok 5 ekor)

As-salam..

Baka 3 darah. Game berpusing di laman. Suara sedang ada echo habis.
Burung gred A cepat jadi.

Sebulan tambat dah macam pikat. Video sila klik link. video Hijau Hijau

Harga Jualan:

1. RM700 - RM1000 (Yang ditambat).

2. RM500 (Ladung).