Saturday, 30 January 2016

Kampung Untuk Dijual: Burung Tinggal Ajar Sahaja

As-salam..

Kampung untuk dijual.. rm200.

Gook 1. Game x tahu..

Burung layang kanan. Tidak takut tuan.

Sekian, terima kasih.

sam

Thursday, 21 January 2016

Lesen L tahun 2016

As-salam..

Ramai breeders akan mula sibuk dengan senjata baru.  Begitu juga saya. Pada tahun ini akan menggunakan baka tie kuning putih yang jualannya saya hentikan kerana hendak dijadikan bapak selepas dipakai tiga (3) musim berturut-turut (2019).

enjoy tangkapan pertama 2016 & tgkapan sulung kuning putih pada Sabtu lepas.


Pada pagi Ahad saya memikat tanpa racik untuk melihat keupayaan burung bergaduh.  Alhamdulillah dah kuar tembak tekan angguknya cuma belum tahu berapa lebat tembak angguknya.  Nantikan video pada Ahad ini. In sha Allah..

Sam


Sunday, 17 January 2016

Permainan Baka- Baka Pesum Saya (sedang dikemaskini)

As-salam..

Ramai bertanya permainan burung pesum yang saya turunkan. Seperti saya tekankan selalu

 "kalau tidak bagus; buat aper nak diturunkan baka?".

Maaf kerana ada nada sombong sedikit.

1. Tie Hijau-Hijau

Burung cepat jadi dan mudah dijadikan pikat. Selepas ditambat biasanya akan berbunyi seperti diladung. Baka sudah proven dan ada testimoni.

Game: Lengkap. Burung rajin menarik gook di tanah. Selalu merapu di tanah dengan menekan dan masuk selang termasuk angguk. Ada tunda sebelum selang semula. Akan menembak bila BH masuk ke anggar.

Keistimewaan: Rajin menarik gook & angguk. Dari baka gook angguk dan gerbang angguk. Ada ajuk atau gear dan berkemampuan untuk menukar gear sesuka hati.

Kategori: Laju dan sulam bersuara kampung.

Harga: Sudah tambat RM700 dan ke atas.

Stok: sangat terhad.

Ada testimoni dari pembeli.  Berminat WA saya.


2. Baka Tie Biru (gook angguk)

Burung kategori agak lambat untuk menjadi pikat
walaupun Induk jantan merupakan pikat selama 5 musim.


Game: Lengkap. Burung rajin menarik gook di tanah. Selalunya menekan sekali kemudian diikuti oleh selang atau angguk. Digelar "tekan sekali masuk isi".  Dari baka gook angguk yang suka berjalan dilaman.


Keistimewaan: Rajin menarik gook & angguk. Baka gook angguk dan jenis ekor kembang bila angguk.  Suka berjalan di laman dan mempunyai gear.


Kategori: Laju dan sulam bersuara kampung.


Harga: Sudah tambat RM700 ke atas.

Stok: Ada.

Berminat WA saya.


3. Baka Tie Kuning Putih.

Baka ini setaraf dengan hijau2; cuma telah diupgradekan dengan beberapa perkara seperti air suara dan lebih perlahan berbanding dan air suara semakin keras.

Game: Burung berjalan di laman dan mempunyai gear. Bermain suara mengikut lawan dan senjata utamanya ialah akan menembak apabila lawan berada di anggar. Kedapatan baka ini yang rajin menembak apabila lawan berpindah anggar menjadikan baka ini harus dimiliki.

Keistimewaan: Burung ini mempunyai echo yang nyaring menjadikan sangat sesuai bermain di sawit mahupun hutan dan tepi jalan.  Burung hutan sangat marah pada gook baka ini.



4. Tie Merah.

5. Tie Merah Putih.

6. Tie Hitam tindik putih.

7. Tie putih2.






Monday, 4 January 2016

Saturday, 2 January 2016

Tie Hijau Putih Untuk Dijual

As-salam

Baka hijau putih burung ladung untuk dijual (masa dan bilangan terhad sahaja)

umur: 5 bulan (mak dan bapak pesum)

gook: 1.

Harga: RM300.

suara: Bersih dan ada echo.

Qty: 3 ekor sahaja (tiada video).

Belum boleh tambat.

sekian, terima kasih.

Sam