Salam..
Saya bertemu dengan kawan lama. Beliau menanyakan kepada saya berapa banyaklah burung keturunan jerun yang sudah saya latih..?
Saya tersenyum dan menjawab; sambil malu2 kucing.. yang jadi pikat 3; yang belum jadi 3.
Beliau memberitahu saya.. tahniah!!! Ini kerana sekor jerun mengambil masa 3-6 tahun untuk menjadi pikat. Ini kerana beliau sendiri tidak mampu bertahan..
Apakah rahsianya?. Saya menjawab jerun saya kebanyakan ditangkap oleh jerun juga atau e.k saya.. Permainan sebelum ditangkap tersangat penting. Masa ditangkap juga penting.. terus terang saya katakan kalau pikat bukan jerun menangkap jerun atau tembaga berdoa ajerlah jangan bergaduh dilaman..suara sahaja sudah kecut perut tuan pikat... itu belum lagi pikat buat Perangai kerana burung tahu yang datang itu siapa...
Buat rakanku maaflah saya paparkan cerita ini kerana ramai mempunyai burung jerun; tetapi tidak ramai yang dapat menjadikan pikat. Degil, keras kepala semua yang negatif ada pada jerun..
Kepada yang mempunyai burung jerun..sabar kerana keindahannya jauh lagi tetapi indah. Akan menjadi kebanggaan pemiliknya di sudut hati.
sam
No comments:
Post a Comment