Saturday, 31 October 2015

Burung Idaman: Bagaimanakah?

As-salam..

Selepas saya menulis mengenai burung gook angguk dan getbang angguk ramai yang mencari burung termasuklah yang menghantar gambar video gerbang angguk.

Setakat ini trend pesum telah berubah dari suara laju ke perlahan kampung. Permainan diperlahankan dan mempunyai gear.

Disinilah otai2 dapat menilai kualiti penternak burung pesum. Begitu sebaliknya.

Untuk burung untuk menjadi jeckpot.. banyak ciri perlu diperhatikan.  Bukanlah hanya kepada gerbang dan gook angguk tetapi kebolehan memainkan suara dan gaya juga amatlah penting.

Jika yang mengetahui kisah bagaimana burung Jackpot Kuala Selangor mengalahkan burung lawan yang mempunyai gerbang dan gook angguk.. maka itulah yang saya maksudkan.

selain dari itu faktor x juga amatlah penting.

Sampai di sini..


Sam.

Tuesday, 27 October 2015

Cepat atau Lambat Jadi Pikat: Bukan Penentu Kualiti

As-salam..

Ramai kaki terkukur berpendapat kalau cepat jadi bermakna burung tersebut dari baka baik. Adakah benar?

Mengikut pengalaman saya menurunkan baka terkukur tidak semuanya benar. Ada baka yang lambat garang dan berbunyi tetapi lepas menjadi pikat harganya tidak jatuh dari rm2k.

Ada baka yang cepat jadinya.. boleh juga bermain sampai 5 musim. Ini kerana ada berpendapat pesum hanya boleh bermain 2-3 musim sahaja.  Setahu saya yang boleh bwrmain 2-3 musim biasanya dijadikan bapak atau burung tersebut bertukar tangan.

Sekian, terima kasih.

sam








Thursday, 22 October 2015

Baka Lama Akan Di Beri Nafas Baru

As-salam..

Ada bertanya bagaimanakah saya mendapat baka-baka lama?

Sudah tentu melalui CRM & Networking. Hasil yang dikeluarkan dikongsi bersama menjadikan sahabat tidak keberatan untuk melepaskan yang terbaik.

Janji ditepati setiap hasil dipantau bersama menjadikan proses breeding menarik. Sudah tentu burung sahabat satu langkah dihadapan. Faedah turut diperolehi melalui perkongsian.

Perselisihan pendapat ditolak tepi yang penting permuafakatan.  Ilmu dikongsi dan hasil dipantau & akhirnya... kami tersenyum bersama puas hati.

Rezeki Datang Tidak Bergolek - ada usaha disebaliknya

Sekian; terima kasih.

Sam

Hijau-Hijau (berpusing) vs Hijau Putih





Kiri Baka Hijau2 sedang menunjuk aksi merry go round.

Baka Jackpot kuala selangor



Baka Jackpot sebelah kiri dah tunjuk pusing laman. Dah garang cuma belum masak 2/10 sahaja.

Thursday, 15 October 2015

Cabaran Mencari Induk Jantan: Sambungan

As-salam..

Selain membeli bapak ready untuk dikahwinkan; cara paling murah latih sendiri..

Beli burung kemudian train untuk dijadikan pikat.. kemudian barulah turun baka. Masa diambil lebih panjang dan amat menjerihkan.

Jadi pilihlah burung mengikut citarasa masing2.

Sekian, terima kasih.

Sam

Wednesday, 14 October 2015

Baka Ungu: Sekadar Berkongsi

As-salam..

Sekadar berkongsi video.



Baka Ungu: Bapak kiri & Anak Kanan (youtube)

Sekian, terima kasih.

Sam

Baka Biru Untuk Dijual: Stok Sedia (3 ekor)

As-salam..

Baka 4 darah dari bapak tua pikat 5 musim. Game berjalan di laman. Suara sedang keras ada echo habis. Burung gred A cepat jadi.

Samada sulam atau selang coo2.  Tekan sekali terus masuk isi, ada tindan 3-4 mata, ada tunda. Permainan laman terbaik.

Baka cepat jadi pikat *.

Harga Jualan:

1. RM700 - RM1000 (Yang ditambat).

2. RM500 (Ladung).

* Bergantung pada lokasi burung digantung.

Putih-Putih: Untuk DiJual (stok 3 ekor Ladung)

As-salam..

Baka 7 darah. Game berjalan di laman. Suara sedang keras ada echo atau tiada langsung. Burung gred A cepat jadi.

Samada sulam atau selang coo2.

Baka cepat jadi pikat *.

Harga Jualan:

1. RM700 - RM1000 (Yang ditambat).

2. RM500 (Ladung).

* Bergantung pada lokasi burung digantung.

Saturday, 10 October 2015

Pesum Terkukur: Cabaran Mencari Induk Jantan

As-salam..

Ramai tidak mengetahui adalah tidak mudah untuk membuat pesum terkukur untuk dijadikan pikat berbanding burung2 tanding.

Pemilihan Induk Jantan

Pemilihan induk jantan yang telah terbukti kejaguhannya di laman tersangat penting. Burung dipilih mestilah mempunyai rekod:

a.  Boleh bermain sehari.

b.  Jumlah tangkapan 6 ekor dan ke atas bermain seharian.

c.  Bermain 3 musim dan ke atas.

d. Tidak memukul betina.

e.  Ada benih.

Cabaran Memperolehi Induk Jantan.

Harga induk jantan yang baik biasanya disekitar RM3,000.00 dan semakin tinggi jika sudah menjadi bapak dan anaknya mempunyai rekod sebagai pikat.

Disinilah breeders mengalami masalah kerana burung yang baik biasanya masih menjadi pikat.  Untuk membeli pikat menjadikan satu proses yang rumit.

Sampai di sini dahulu.

Sekian, terima kasih.






Sunday, 4 October 2015

Bentuk Hidung Penentu Suara

As-salam

Berikut ialah gambar lubang hidung terkukur bersuara terik.




sekian, terima kasih.

Sam