Saturday, 10 October 2015

Pesum Terkukur: Cabaran Mencari Induk Jantan

As-salam..

Ramai tidak mengetahui adalah tidak mudah untuk membuat pesum terkukur untuk dijadikan pikat berbanding burung2 tanding.

Pemilihan Induk Jantan

Pemilihan induk jantan yang telah terbukti kejaguhannya di laman tersangat penting. Burung dipilih mestilah mempunyai rekod:

a.  Boleh bermain sehari.

b.  Jumlah tangkapan 6 ekor dan ke atas bermain seharian.

c.  Bermain 3 musim dan ke atas.

d. Tidak memukul betina.

e.  Ada benih.

Cabaran Memperolehi Induk Jantan.

Harga induk jantan yang baik biasanya disekitar RM3,000.00 dan semakin tinggi jika sudah menjadi bapak dan anaknya mempunyai rekod sebagai pikat.

Disinilah breeders mengalami masalah kerana burung yang baik biasanya masih menjadi pikat.  Untuk membeli pikat menjadikan satu proses yang rumit.

Sampai di sini dahulu.

Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment