Thursday, 23 June 2016

Wednesday, 22 June 2016

Carilah Burung Yang Diketahui Baka

As-salam..

Carilah yang diketahui asal-usul burung tersebut. Mengapakah ianya sangat-sangat penting?

Burung ladung, BB bunyi dan pikat semua akan menunjukkan perubahan dan kemampuan apabila menangkap bh. Lagi banyak kenangkap burung kita semakin meningkat.

TETAPI sekiranya barang@isi tiada pada keturunan burung apakah yang hendak dikeluarkan. Atau tiada yang BARU untuk dilakukan. Jadi burung akan berulang-ulang membuat perkara yang sama ketika berdepan dengan BH.

Jadi belilah burung dengan bijak. Penternak biasanya malas@tidak mahu menceritakan kemampuan burung kerana burung tidaklah seperti A, B & C yang mengikut tertib.  Burung harus dijaga dengan baik supaya berada dalam peringkat optimum & terbaik.

Penternak yang baik biasanya akan memberi nasihat dalam hal2 berkaitan menjaga & merawat burung terkukur.

Sekian, terima kasih.

Sam


Monday, 13 June 2016

Baka Mana Yang Terbaik

As-salam

Ramai bertanya pada saya.. baka manakah yang terbaik?

Jawapan saya, mana2 pun baik. Ikhlas dan jujur kerana setiap baka telah dibuat pilihan/ditapis sebelum diturunkan baka.

Saya menurunkan baka berdasarkan kepada kemampuan ibu dan bapak burung tersebut. Dengan kata lain rata2; bapak2 semuanya ada rekod champion jackpot dan tempat ke-2 & 3. Kalau tidak bapak yang berdarah jackpot, ibunya mestilah berdarah jackpot.

Bila saya sebut tempat ke-2 & 3 bukanlah bermakna burung tidak bagus tetapi berdasarkan kepada beberapa faktor seperti umur (berapa musim pikat) dan jockey (tukang bawa) burung.

Sebagai contoh baru2 nie; ada sahabat yang menggunakan baka tertentu bermain di tiga laman dan purata masa burung untuk jatuh antara 2-5 minit; walaupun bermain disawit 20-30 kaki burung masih cepat jatuhnya.  Adakah burung ini tidak bagus?

Sumbangan Saudara Azmi


Dari track rekod bapak tidak pernah bermain jackpot dan banyak disimpan untuk diturunkan baka.  Bukan jackpot tetapi inilah BAKAL atau CALON jackpot. Biasanya saya tidak akan bermain jackpot..pembeli yang membawanya.

Saya tidak akan menurunkan baka burung selagi tidak yakin dengan kemampuan burung tersebut. Jadi tidak timbul mana yang baik kerana setiap burung adalah terbaik dan unik bagi baka tersebut.

Seperti biasa burung saya adalah biasa2 sahaja & ramai lagi yang mempunyai burung yang hebat2. Jadi tepuk dada tanyalah selera.

Sekian, terima kasih.

Sam


Wednesday, 8 June 2016

Anak ek untuk dijual (video) - ditutup

 Video di atas adalah baka biru.  Maaf di atas kesilapan teknikal. Sekian, terima kasih.

Game anak ek tekan sekali masuk barang samada selang atau angguk kemudian angguk. Game lebih kepada ibunya baka gerbang.

Video ek pikat kampung 12 tahun boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?v=Piq4w2avmT4&feature=youtube_gdata_player


Sekian, terima kasih

sam