Monday, 13 June 2016

Baka Mana Yang Terbaik

As-salam

Ramai bertanya pada saya.. baka manakah yang terbaik?

Jawapan saya, mana2 pun baik. Ikhlas dan jujur kerana setiap baka telah dibuat pilihan/ditapis sebelum diturunkan baka.

Saya menurunkan baka berdasarkan kepada kemampuan ibu dan bapak burung tersebut. Dengan kata lain rata2; bapak2 semuanya ada rekod champion jackpot dan tempat ke-2 & 3. Kalau tidak bapak yang berdarah jackpot, ibunya mestilah berdarah jackpot.

Bila saya sebut tempat ke-2 & 3 bukanlah bermakna burung tidak bagus tetapi berdasarkan kepada beberapa faktor seperti umur (berapa musim pikat) dan jockey (tukang bawa) burung.

Sebagai contoh baru2 nie; ada sahabat yang menggunakan baka tertentu bermain di tiga laman dan purata masa burung untuk jatuh antara 2-5 minit; walaupun bermain disawit 20-30 kaki burung masih cepat jatuhnya.  Adakah burung ini tidak bagus?

Sumbangan Saudara Azmi


Dari track rekod bapak tidak pernah bermain jackpot dan banyak disimpan untuk diturunkan baka.  Bukan jackpot tetapi inilah BAKAL atau CALON jackpot. Biasanya saya tidak akan bermain jackpot..pembeli yang membawanya.

Saya tidak akan menurunkan baka burung selagi tidak yakin dengan kemampuan burung tersebut. Jadi tidak timbul mana yang baik kerana setiap burung adalah terbaik dan unik bagi baka tersebut.

Seperti biasa burung saya adalah biasa2 sahaja & ramai lagi yang mempunyai burung yang hebat2. Jadi tepuk dada tanyalah selera.

Sekian, terima kasih.

Sam


No comments:

Post a Comment